Sebagaimana sukan kayak, sukan Stand Up Paddling (SUP) terdiri daripada dua jenis iaitu sukan rekreasi dan sukan berprestasi tinggi. Sukan SUP rekreasi menggunakan papan (board) pelbagai jenis saiz dan bahan buatan samada inflatable atau hardboard. Manakala sukan berprestasi tinggi SUP pula mempunyai spesifikasi tersendiri iaitu dengan panjang maksima papan berkenaan ialah 14 kaki.
Jawatankuasa Stand Up Paddling dan Canoe Ocean Racing (MASSUP) dalam proses membangunkan silibus sukan Stand Up Paddling (SUP). Silibus ini akan menjadi rujukan kepada pengiat-pengiat sukan SUP. MASSUP juga akan menawarkan kursus-kursus berkenaan kepada mereka yang berminat mendalami sukan SUP dan disamping itu mereka akan mendapat sijil yag beriktiraf.
Disiplin Stand Up Paddling berprestasi tinggi menawarkan tiga jenis pertandingan utama seperti berikut:
SUP Sprint SUP Teknikal SUP Distance (Jarak) SUP Polo